When the journey begin...

Monday, September 15, 2008

Bahana kacau aku...

Pagi Sabtu yang indah tapi pagi ke? Jam dah kul 12.37 tengahari tapi memandangkan aku baru bangun, kira pagi je la… yang penting cuaca yang baik dan tido yang cukup membuatkan mood aku sangat baik arini.

Bangkit dari katil, kemas-kemas sket then aku pun gi toilet, hajat nak mandi tapi aku batalkan kerana aku fikir baik basuh baju dulu kalau tak nanti aku lencun plak… (ye la…aku basuh baju manual, pakai mesin takla lencun…tapi aku pegang pada prinsip nak basuh baju manual sebab aku takut nanti aku tak mampu nak beli waktu dah duduk rumah sendiri, tak la aku menangis sakan takde washing machine kan?)

Aku pun pegi la gosok gigi, cuci muka…tapi dengan mood yang baik, arini hati aku ikhlas nak basuh toilet walaupun aku salu marah dan berazam tak nak basuh toilet dah sebab asyik aku je yang basuh tapi budak bilik sebelah tak penah nak berterima kasih pun…paling bengang, die cakap aku cam cleaner!

Seronok membanting tulang di hari Sabtu, aku teruskan niat murniku minggu ini, basuh baju. Aku salu berangan time basuh baju konon-konon cam surirumah menguruskan rumahtangga…(kempunan nak kawen agaknye aku ni), kemas-kemas umah dan siapsediakan apa yang patut…(ni mesti pengaruh mama yang salu membebel cerita aktiviti harian die kat umah…) Tapi, semuanya angan-angan kosong, banyak lagi benda yang patut aku settle sebelum fikir nak kawen…(aku nak kawen ngan sape? Nak sara diri pun xmampu lagi…)

Tengah seronok aku berangan-angan, entah dari celah mane makhluk ni datang tiba-tiba je tangan die ada kat bahu aku… Terperanjatnya aku, terus aku tepis tangan die yang hinggap dibahuku. Tanpa sepatah kata, aku teruskan gak membasuh.

Hari yang ceria mula bertukar suram dengan kemunculan die (die tak tau ke aku allergic sangat tengok die). Dalam aku tak layan, die tetap kacau aku, paling aku bengang, die pegang pipi aku, aku tepis tapi die tetap buat tak tahu dan terus menerus mengganggu aku.
Die ni memang tak faham bahasa, die gak punca aku salu gaduh ngan bf aku. Yang paling tak tahan, bf aku buat tak faham je aku cakap pasal die. Bf aku boleh cakap takde pape tapi aku yang tanggung penderitaan jiwa tengok die.
Sebab tu la aku salu gaduh ngan bf aku tiap kali gi Greenwood. Paling teruk, 3 hari pertama puasa tahun ni jadi miserable sangat sebab aku gaduh sebab die. Bf aku ajak makan kat Greenwood, aku tak nak sebab die memang ada kat situ tapi hari-hari gak bf aku bawa gi situ. Aku rasa hari-hari dah aku cakap aku tak suka tengok muka die tapi bf aku cakap tak apa.
Die hinggap lagi di bahuku, terasa ringan je tanganku hendak menampar dan teringin sangat nak terajang die sampai mati tapi dengan keadaan perbezaan fizikal aku dan die, aku tahu apa yang bermain di dalam fikiranku ini adalah mustahil.
Tapi amarahku belum berakhir, aku mengambil keputusan masuk ke bilik ku, kucapai ridsect dan terus ke tempat membasuh baju, die masih kat situ. Aku pun terus mengambil kesempatan ni sembur ridsect kat die, padan muke, terjelepuk kat situ, kan aku dah cakap jangan kacau aku.
Aku tersenyum puas dan bangga. Lalat yang mengganggu ketenteraman jiwa aku telah mati. Sekarang boleh la aku basuh baju dengan senang hati.

Tuesday, September 9, 2008

Pencinta yang agung?

"Banyak yang bercinta, bertahun-tahun putus jua..." usai benar ungkapan lagu yang biasa kita dengar memberikan pelbagai persoalan di benak fikiran memikirkan tentang perasaan halus yang menggamit perasaan; CINTA.

Cinta pastinya sinonim dengan rindu, sayang, kasih...tapi sejauh mana perasaan ini dapat didefinisikan adalah sesuatu yang terlalu abstrak dari akal fikiran. Sedangkan kerana cinta pun manusia masih boleh berkongsi kasih dang menimbangtara perasaan sayang.

Dalam diam sebenarnya aku kagum dengan seorang teman ni...Bercinta dah bertahun-tahun tapi sampai ke hari ni aku tengok elok je... dah nak naik jinjang pelamin pun x lama lagi... Aku doakan kebahagiaan korang...

Mungkin aku yang tak pernah tengok die gaduh or ape tapi serius, aku salute dengan hubungan diorang yang seolah-olah tenang je..tak aku nafikan adalah perselisihan faham tapi komunikasi diorg sangat bagus dalam menyelesaikan masalah dalam perhubungan. Apa yang psti, aku tak pernah tengok die menangis, aku tak pernah tengok die marah dan ape yang aku tengok pada die hanya la sebuah kebahagiaan yang tercipta.

Kadang2 aku rasa akulah yang bermasalah kerana dalam seminggu aku tak mengamok, memang bukan aku la tu... huhuhuh Pelik aku fikirkan mengapa aku tak sebahagia temanku itu?

Adakah aku gagal dalam menakhodai sebuah pelayaran percintaan atau aku salah dalam perkiraan memilih pasangan? Ini semua bermain dalam akal fikirku.

Aku percaya cinta itu indah yang mampu buat aku tersenyum, mampu buat aku terasa 1001 kebahagiaan di dunia namun dalam masa yang sama, pengalaman aku bercinta membuatkan aku kehilangan.

Satu tika dulu aku pernah mencintai insan yang satu dan menganyam 1001 impian yang indah bersamanya. Aku abdikan setiaku padanya kerana cinta aku sanggup jadi 'lone ranger' kerana bagi aku cemburu itu lambang cinta.

Aku juga insan yang percaya pada Qada' dan Qadar yang telah ditentukan. JIka dia bukan jodohku, pastinya hubungan yang bertahun-tahun takkan ke mana jua tapi keperitan yang aku alami membuatkan aku hilang kepercayaan dalam cinta.

Memang cinta itu indah tapi kerana terlalu ingin menggapai kemanisan cinta, ramai yang tersungkur seperti aku..mengorbankan masa bertahun-tahun merentas keperitan sekadar untuk kebahagiaan sekejap cuma.

Kerana itu aku simpan kepercayaan aku tentang cinta. Aku menunggu insan yang benar2 boleh aku hadiahi cinta yang indah bersama setia dan kasih.

Aku bangga dengan sahabatku yang mampu berpegang kepercayaan pada cinta yang ada disisinya sedangkan aku, masih mampir pamit merangkak mencari sebuah kepercayaan untuk menjadi pencita yang agung.