When the journey begin...

Sunday, August 8, 2010

Luahan hati~

08.08.2010~

Suka duka sebuah perhubungan merangkumi pelbagai aspek, karenah kendiri...ahli keluarga...sahabat andai dan keadaan sekeliling antara faktor yang memainkan peranan penting dalam kehidupan...tanpa keluarga, teman, sahabat handai...siapala kita...

Liku-liku perjalanan kehidupan setiap insan sentiasa berputar...setiap individu punya fasa tersendiri... Namun setiap langkah kehidupan adalah hampir sama... cuma rentak lagu dan irama yang berbeza mengikut setiap fasa...

Kehidupan dimulakan dengan mengenali kehidupan dalam sebuah kekeluargaan..melangkah ke alam persahabatan dan mula merentasi alam persekolahan dengan lebih banyak faktor yang mempengaruhi kehidupan... Segala nya bukan bermula di sini..tp sejak di dalam kandungan seorang ibu lagi...

Kehidupan demi kehidupan yang dirasakan panjang kadang2 hanya seperti sekejapnya kitaran hidup seekor rama-rama...x pernah kita sedari berapa banyak kesilapan yang telah kita ulangi...

Begitulah seterusnya rutin kehidupan manusia...setiap remaja yang melangkah ke alam dewasa, x kiralah apa jua pengalaman yang telah mereka tempuhi namun, semua sama...tetap akan melalui titi-titi kehidupan ini...

Antara saat terindah kehidupan ialah saat kita mula mengenal kehidupan, bila dilahirkan di dunia yang penuh 1001 rencah kehidupan... disaluti kegembiraan bila melangkah ke alam persekolahan...begitu juga melangkah ke alam pendidikan yang lebih tinggi... merencana kehidupan berkerjaya...semua nya fasa2 tertentu kehidupan manusia...indahnnya rutin setiap insan sebenarnya sama... namun tidak pernah ada 2 insan yang berkongsi kisah yang sama...walaupun mempunyai jalan cerita yang serupa...

Antara fasa terindah ialah bila melangkah ke alam perkahwinan... Indahnya berjanji setia untuk menjalani suka duka fasa seterusnya bersama...

Tapi perit2 di alam pertunangan lebih menduga...entah akan sampai atau tidak ke gerbang keindahan perkahwinan yang dicita, tiada kepastian pada jawapannya... yang pasti segalanya terlalu sukar untuk dirungkaikan...cuma sebuah kesabaran menjadi titi sebuah kebahagiaan yang diimpikan~ insyaAllah...

2 comments:

hafiza said...

kenapa ni narz, macam serius dan genting je bunyinya?

Narz Naz said...

memg serius n genting fiza... sedey =( biasala, ni la dugaan time tunang kot... kdg2 dlm hati terfikir tuk stop kat sini je... =(