When the journey begin...

Tuesday, February 2, 2010

Out of Sudden!!!!~

Januari 2010...

!6hb Januari aku telah memilih haluan terbesar dlm hidupku bila memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihan hatiku, Suhaime Raeze...

Aku x pernah terfikir akan memilih dia dlm hidupku...namun ketulusan yang diberikan sepanjang bersama dengan ku memberikan aku petunjuk bahawa dialah orang yang akan menjaga aku hingga ke akhir hayat, insyaAllah...

Sejak membuat keputusan tersebut, pelbagai ragam, perasaan dan keletah yang aku lalui... Aku mula merancang perkahwinan impian yang aku gambarkan selama ini... (*tipu la kan klu budak perempuan x penah berangan camne die nk kawen bila dah besar....)

Aku semakin teruja dengan memilih tarikh yang aku gemari... (memang sifat aku sejak kecik suka kan tarikh yang konon2 nye simbolik...) dan untuk pengetahuan semua...aku memilih 11.02.2011 sebagai tarikh keramat dalam kehidupan ku.....

Betapa indah nya merancang sebuah perkahwinan bersama insan tersayang, aku mula google mcm2 dr internet demi merencana perkahwinan aku yang masih ada setahun yang panjang lg untuk tiba....

Aku gagahkan diri untuk memaklumkan keluarga ku... kiasan yang aku berikan tidak sampai ke budibicara ibu ku...akhir nya aku menggunakan bahasa mudah memberitahu nya... "Mama, orang nak kawen...." (*nyata ibuku sudah tidak mengamalkan kiasan bahasa...huhuhu)

Buat sesiapa yang dah merancang tuk kawen, aku suggest kan buat la perancangan.... aku punye pelbagai wedding checklist yang boleh dikongsikan.... checklist-checklist ni kebanyakannya direncana untuk setahun yang panjang.... jd aku rasa tindakan aku merancang perkahwinan selama setahun adalah betol... (itu perkiraan aku la...)

Tapi sebelum tu... sesuatu yang aku x penah fikir dan nk rancang....pertunangan ku.... tarikh telah ditetapkan...26.6.2010... apa preparation yang aku kene buat?...........(speechless.......)

No comments: